CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 17 February 2009

3 MINGGU YANG MENDEBARKAN !

untuk 3 minggu ni (15 feb - 7 mac), aku memang xde mood nak wat keje.
sume bende rase macam tak kene jer.
sebab ade satu bende penting yang tengah aku lalui ni.
penting giler. antara hidup dan mati. (really!)
sebab tu la aku asek moody jer.
argh...tensen, suspens, seram!
cume aku harap semuanye berjalan lancar.
dan aku jgak harap supaye penutup debaran ni
bakal berakhir mengikut perancangaan aku. AMIN....
ape sebenarnye yang terjadi?
sory, aku xleh cakap.
so far, takde dan takkan ade sape tau melainkan 4 orang ni iaitu aku, yazid, seorang lelaki (tak tau name), dan seorang wanita (tak tau name), juga TUHAN yang MAHA MENGETAHUI.
cuma yang pasti, debaran ini bukan berbaur peribadi (nothing personal at all)

7 MAC...cepatlah datang dengan khabar yang indah~
* yazid, i need the document ASAP !!!!*

Saturday 14 February 2009

AKSARAnya TELAH TIBA..
Rasanya seperti bermimpi sahaja..yalah..bayangkan dalam satu hari sahaja saya sudah mempunyai blog sendiri(walaupun menumpang kire cam blog kite jugak la kan??)..sejujurnya saya tidak pernah bercita-cita apatah lagi bermimpi untuk memiliki blog yang begitu menakjubkan seperti ini~...sedangkan saya yakin pemilik asal blog ini sudah pasti mengambil masa seketika dan bersusah payah memerah idea-idea,memikirkan susun atur atau konsep yang sesuai untuk blog ini....JUTAAN terima kasih diucapkan karna sudi mengundang saya berkongsi cerita/pengalaman yang tidak berapa banyak ,dan yang sudah pastinya baru sahaja mahu belajar bartatih dalam lapangan ini.....Mohon maaf jika intipati atau gaya bahasa dan persembahan yang digunakan agak tersasar sediket dari penulis asal..siapalah saya jika mahu dibandingkan dengan beliau yang sudah banyak makan asam garam dalam arena ini(betul ke susunan ayat nie ek..)...walaubagaimanapun saya akan cuba lakukan yang terbaik!!!Gambate!!

>actually apa ye dimaksudkan dengan aksara..

AKSARAnya BAKAL TIBA

saya telah menjemput seseorang yang begitu penting dalam hidup saya untuk sama2 menulis di blog ini. katanya, jika diberi kelapangan masa, dia pasti tidak lokek untuk berkongsi cerita. sehingga saat ini, saya masih menantikan post pertamanya. sebelum itu, mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan penulis ini.

nama pena: SYA (diambil sepenuhnya dari profil Sya*)

>tidak berape meminati hewan(apatah lagi yg berbahaya seperti kala jengking)
>sangat2 peramah pada org yg dikenali(wat we call mesra alam)
>amat mudah didekati
>can turn to evil sumtime(pada org yg sepatutnye)
>tak suke menunggu lelame(lame=15min mybe)take note dear!
>kinda unpredictable orangnye
>pecinta alam orangnye
>cepat bngat bosan ngan sumthing
>suke sangat2 berkawan
>tidak berape menggemari subjek BAHASA sejak kecil..
>jom bersahabat...

*semua maklumat di atas diakui benar.

Wednesday 11 February 2009

RELEVANISASI KUBU BESI (epilog satu dialog)

RAPAT, PADAT, KETAT, KUAT, MAMPAT, SARAT, dan HANGAT
akhirnya cuma satu mitos
ruang masuk kini tertusuk
relevannya cuma satu

terlepas pandangan
tersilap tafsiran
khilaf insan
lantaran ikhtiar membuka kunci
khazanah yang tersimpan rapi
dihujung satu laci
dalamnya bukan sekadar seinci

amarah itu punca tindakan
cacatnya ruang harapan
dedebu berterbangan
kayu kayan berselerakan
atas karpet MERAH yang MURAH!
GAZA. ISRAEL. MESIR. AMERIKA SYARIKAT
juga SEPANJANG TEBING BARAT

~5 minit mengintai ilham
sajak yang TERLALU BERMAKNA
ok, nak
sambung buat ToK balik semule.

Saturday 7 February 2009

INTRIGNYA MASA LALU

Andai dilihat pada waktu kejadian,
kisah ini boleh dianggap basi;
tapi kalau dikira dari segi kenangan,
kelucuannya memang tak mampu disangsi.

tengah aku duduk2 ni, tetibe teringat bende2 bodoh yang aku ngan kawan2 aku da buat kat skola dulu.
pastu muncul idea nak list downkan bende2 tu. jom usha!

1) belum pun subuh warden da halau pegi masjid. waktu: 5 30 PAGI. gile ke ape! waktu cam nih sedap abes tido. tapi, name pon skolah.. so kne la ikut.. em, besenye, lepas kene kejutkan, kitorang terus bangun. capai gayung n pegi toilet. aku kat toilet memang suke kalau dapat turn mandi lambat. boleh tido dulu sambil tunggu turn. kitorang cangkung kat depan shower room sambil pejam mate. memang nikmat tido dalam toilet! tapi sekali tu, aku xlarat sangat, so aku sandar kat dinding tepi pintu toilet tu. cikgu COP CAN (yusof hassan) masuk bawak rotan yang panjang nak mampos terus libas sambil cakap

"hampa suma ni tak boleh bagi muka sangat. lambat. pi mandi cepat!"
aku orang first kene rotan time tu sebab duk paling tepi. celake betul.


2) satu hari, ustaz wan (budu) kejut kitorang. aku plan pagi tu nak mandi lepas subuh, so aku pon terus la capai iron sambil bungkus badan ngan selimut merah, terus iron baju atas katil. tetibe rase bahu aku kne cuit dari belakang. aku toleh. budu rupenye. cuit pakai rotan beb! die suoh bangun. terus die tanye,

"mu ni wat gapo?" (die orang kelantan + ganu kot..ntah, aku pon confuse)
"iron baju ustad"
"issh..oghang kejuk suoh semayang, bukang gosok baju!" (kelantan campur ganu kan?)
"same je ustad, diorang gune time ni utk mandi, saye gosok baju"
"abes, bile mu nak mandi?"
"saye mandi lepas subuh nanti, lagipun saye bukan kene mandi wajib" aku cube wat kelakar tanpa menipu sikitpun.
"tak kire, pusing!" dengan gaye penuh angkuh die bagi arahan.. salah aku: tak blah dari katil lepas kene kejut. memang tak aci!
kawan2 aku yang laen jadi penonton setia. ade gak yang gelak2. paling jelas muke AYAM yang asek geleng2kan kepale sambil senyum.
aku pusing..lalu die pon merotan bontot aku. pagi yang malang!

3) satu hari tu, aku tido berdua ngan kawan aku. share katil, share selimut. tak buat ape pon. cume tido. slalu takde ape.. tapi satu pagi tu...
"mu ni nape tido berdua?" ustaz wan juge yang carik pasal.
"saje je ustad.."kitorang jawab sambil kesat taik mate.
"tido same, mu maing bontok?" budu tanye.
ape la.. mane ade..
"tak buat pape pun ustad, kitorang tido je.." jawab kawan aku dengan suare serak baru bangun tido.
"laing kali tido tepak memasing, dah, turung subuh".. tido sesame pon takleh.hish...

4) pengumuman pukul 11 malam oleh EN NASIR, kaunselor skolah, part time warden. (cube ingat balik gaye die cakap)
"baik. boys, jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. sila padamkan lampu. dan tidur di tempat anda sendiri. abang2 form 4 dan form 5 jangan panggil lagi adik2 kamu ke bilik untuk berbual, urut dan sebagainya. baik, jangan tidur berdua2an atas satu katil. perbuatan kamu mengundang prasangka banyak pihak."
cume nasihat padam lampu yang diturutkan.lain2? tidak same skali.


--kene tido sorang2 macam hakha buat ni

5) assembly buat kat pavillion hari tu. aku ngan member aku taknak pegi.alasan: penat nak diri.
so kitorang tido kat surau. dalam surau ade sorang dak f5(aku f4 time tu).
agak2 assembly dah abes, kitorang pon kuar dari tempat persembunyian. lepas je sarung kasut., terus jalan slow2 pegi kelas (da xde warden maa...)
tetibe jer, USTAZ WAN LAGI! jarak die ngan kitorang (50meter). member aku yang nampak terus lari. sambil tu die jerit kat aku, "weh, lari jer, ustad tak pasan, cepaat!". aku yang tak mo kene rotan lagi, terus berlari pantas! ustaz wan dari jauh jerit lak, " weh, jangang lari!!!" haha... macam perompak ngan polis. kitorang terus pegi pavillion n menghilang ke kelas. sampai kat kelas, aku tukar spek. kompem die tk cam. lagipun die bkn ajar aku. tengok jam: 7 40 PAGI. kelas 1st, BM.cikgu hartini (lemah lebut gayenye) lom masok lagi..naseb baik...


---(5)tidor dalam surau pagi2

6) assembly hari isnin, aku ngan kawan aku tak pegi. alasan: dua - dua terlambat turun, takut kene rotan. (lagipun assembly dekat sejam dowh...)
so, kitorang carik la port baek kat ostel tu. aku cadangkan stor kecik sebelah bilik bacaan. gelap nak mompos. panas pulak tu. masuk dalam tu, kitorang terus kunci pintu. cangkung je(tak leh baring sebab kecik sangat..rugi betul..).dari dalam dapat dengar bunyik rotan bertalu2. aku agak ROSLAN yang rotan. die rotan memang menggegakan alam.
tetibe, kawan aku cakap die sesak nafas. nak kuar dari bilik tu. ish.giler per..tak pasal berbirat bontot. tetibe aku prasan ade towel kat bahu aku sebab aku tak sempat nak sidai, warden dah gegar asrama. aku pon cakap kat die,
"ko tekap towel ni kat muke ko, kat towel ni ade air,H2O, so ade oksigen. ko tekap kuat2 sambil sedut oksigen tu" ntah btul ntah tak aku bagi cadangan. die ikut jer.. lawak giler tengok die sedut nafas kat towel tu. haha

7) aku suke jugak skip maghrib kekadang. nikmat giler solat kat bilik @ bahase kitorang SODOM (SOlat dalam DOrM)
lokasi: bilik pengawas 2B.
aku, wari, aiman, apair, n charles(kristian) tak turun maghrib. lepas kitorang solat, tetibe apair n asar cakap nak pegi surau tunggu isyak. aku ngan wari memang malas time tu. so, tinggal aku, wari n charles. aku yang penat terus tido. wari same gak. tetibe jer, kitorang dengar ade suare tapak kaki. wari pegi usha. sparuh jerit die cakap,
"BROAD DATANG, CEPAT WEH!"
aku terus lompat masuk bawah katil. jantung aku berdegup laju. cuak seh..BROAD memang terkenal dengan rotannye yang ekstrim ganas!
wari pulak pegi baring kat lantai sebelah aku. aku bisik kat die suruh masuk. die cakap,
"badan aku tak muat nak masuk bawah la.."
pulak....aku dah pening, sebab wari kantoi, otomatik aku pon akan kantoi jugak.parah nih!
charles yang duk depan katil kitorang terus bg hint kalau2 BROAD masuk dalam bilik tu.
tetibe, die angguk kepale. bale sudah datang...
broad masuk terus jalan sampai hujung. die tengok keliling. pastu die cakap sumthing kat charles. walaupun die diri bebetul depan katil aku, tapi aku xdgr sangat.pasal dalam hati aku asek bace selawat..doa2 mintak tuhan hilangkan kitorang dari mate broad.
lepas tu die blah. huh..lega. tapi, kitorang pelik gak pasal die tak nampak, sebab kitorang bebetul depan die. patutnye die nampak wari. mungkinkah tuhan makbulkan doa kami?


---(7)lokasi persembunyian kami

8) aku bukak pose kat kelas ngan kawan2 aku. lepas tu tak turun surau. solat maghrib kat kelas (surat kabar jadik sejadah).
tengah best2 bebual, tetibe nampak ROSLAN sound budak kat kelas depan. kitorang malas blah. aku pegi tutup lampu (bodoh.memang confirm die nampak).
lepas tu kitorang sembunyik. sorang nyorok blakang locker, aku bawah meja cikgu, sorang lagi tak sempat nyorok. ROSLAN PON MASUK. terus bukak lampu. aku yang duk bawah meja memang la die terus nampak. kene la rotan sekali. pastu dier nampak member aku sorang ni diri tgh kelas. member aku ni bajet die lari laju abes, roslan tu 3 meter je dari dier. die lari kuar kelas, roslan jerit
"ha, tak payah la nak main lari2"
budak tu pon kene rotan kat luar kelas.
yang nyorok kat blakang locker tu je slamat..


---(8)tak sempat carik port slamat. bawah meja pun jadik la..

9) sembunyi lagi time assembly. lebih kurnag 8 orang termasuk aku sembunyik kat bilik amek baju BLOK C. warden bertugas : JEP (zefri). aku nyorok blakang pintu ngan sorang lagi budak (muat 2 orang jer).
yang lelain kat blakang rak2 baju. bilik tu dekat ngan toilet. jef masuk toilet dulu, pastu terus kantoikan 2 orang budak batch aku. kene rotan. pastu die pegi pulak kat bilik baju tempat kitorang nyorok. (bilik tu gelap kalau tak bukak lampu). die masuk. kantoikan 3 orang. kantoi sebab nyorok tepi rak. memang la senang nampak, sungguh tak expert mereka ini. lepas die rotan budak tu, die blah. kitorang yg laen slamat. alhamdulillah.

10) ade jugak aku prank kawan aku time wat announcement kat surau. dalam bulan 3 2006.
aku pegi surau utk wat asar. tetibe kitorang nampak ade satu buku pengumuman. ape lagi, amek pen, terus la tulis ayat2 kelakar nak mampos. lepas tu, kitorang terus siap awal2 turun surau. mangat abes nak dgr bende yang kitorang tulis.

lepas je settle maghrib. hafizuddin (f4) terus amek buku tu kat luar. aku ngan member aku duk blakang (pasal takut kantoi gelak). pengumuman pun dibuat. orang first kitorang kenekan. BALI. pasal die suke jual popcorn(budak koop).
hafizuddin pon bace la...lepas beberape pengumuman lain, masuk la pengumuman palsu tu..

"kepade sesiapa yang ingin membeli popcorn rangup enak dan biskut tenaga tiger biskuat, sila berikan NAMA, NO. IC, dan MAKANAN KEGEMARAN atau berhubung terus dengan saudara hambali di kelas 5 usaha ketika prep malam. silalah cepat, sementara stok masih ada."
haha...aku macam nak pengsan tahan gelak. mane ade pegi kelas beli popcorn.beli kat koop la. budak2 lain bantai gelak abes.

mangsa gurauan kedua. SYADAN. saje nak kenekan, bukannye die buat salah pon.
syadan ni budak koop gak. hobi? berXOXOX ngan f1 sampai 7 ORANG time prep (kadang2 10 orang). suke blaja kat kelas f1.membantu adik2.sangat baik.

"perhatian kepada SEMUA ahli koperasi tingkatan 3, anda diminta berjumpa saudara syafik hamdan di kelas 5 usaha ketika prep malam. kehadiran adalah wajib."
lepas hafizudin bace pengumuman tu, sambil gelak aku tengok muke syadan. die skali tergelak2. aku buat2 tak bersalah datang kat die. belum sempat aku tanye, fie (president koop) dah tanye dulu.

"ko nak wat meeting koop kat kelas time prep ke? kan ade budak kelas ko"fie tanye sambil tergelak2 campur pelik.
"tak la.bukan aku buat. ade budak kenekan."syadan pon ikut gelak skali.
aku pun menambah.."sape la yang buat tu...tak patut ar"

time prep malam tu, berduyun2 budak f3 kat depan kelas 5 usaha.
tak pasal2 syadan kene jerit..
"takde meeting weh!balik kelas!"kelakar jugak.

ade lagi pengumuman bodo lain... Aku cite 2 dah la.. banyak sangat nak tulis nanti..
kpd syadan, bali, ishak, dll, sory 'ter'prank korang. korang tak marah kan?hehe


---(10)terdapat mangsa2 pengumuman palsu dalam gambar

11) punyelah malas nak turun subuh, aku mandi lame2 dalam toilet. lepas tu, dengar satu suare yang aku cam sangat. PAK CHAD.
"bukak pintu ni skarang jugak! kalau kamu tak bukak, saya tunggu sampai kamu siap!" die jerit sambil ketuk2 pintu..ala,leceh betul..
hurm, xpe,meh kite tengok sape lagi sabar menunggu.
aku terus mandi tanpe menghiraukan amaran tu.dekat 45 minit aku mandi. kuar2 je, pak chad dah takde. YES!

12) sepanjang f5, sekali je aku kene rotan. tu pon sebab silap bajet. aku duk floor f2 mase f5. memang ramai pengawas laen yg tak turun subuh.sebab warden jarang pegi floor f2 (kecuali BROAD), apetah lagi toilet n bilik pengawas. sebab tu la asar, hakha, wari, apair, faiz salihu, sabri n aku selambe jer tido. cume prefect rajin je yg turun macam UCOP, eh ucop je kot yang slalu turun subuh..satu hari ni, aku mandi lambat. sambil nyanyi2 kecil, aku pon mandi dengan puas. kuar2 jer, macam nak gugur jantung aku. broad tengah tunggu sambil pegang rotan. broad memang suke carik pasal.

"aik, kamu pun lambat" aku menggelabah. aku cube balut towel je time tu. kalau kene rotan, kompem sakit sampai petang. lagipun yg rotan tu BROAD! pergh... aku pon mule la menyusun kate2 manis.
"err..mlm tadi tido lewat siapkan homework, tu yang terlewat sikit, tapi lepas ni saye terus pegi surau, sory cikgu"
"ok, tapi pusing belakang" Broad cakap sambil tersenyum sinis.
shial.kene rotan jugak.baru nak buat rekod bersih tak kene rotan sepanjang f5. spoil betul la..
tapi kali ni die rotan memang TAK kuat. tak sakit sangat macam dulu2. maybe sebab aku da lame tak kene rotan kot. so dah tak reti bezekan sakit ngan tak. tapi bunyi die memang slow jer. lepas kene rotan tu, aku nak blah pegi bilik, tetibe die cakap,
"ha, nak pegi mane tu?"
"bilik la cikgu.."
"tak payah, terus pegi surau".pale otak die. aku ngan bertuala jer ni.
"kejap la pakai baju" aku cakap dengan nada tak puas hati.
"em, cepat siap"
kuang aja, main2 kan aku.
sampai je bilik, aku salin baju. buat subuh kat bilik. sambung tido.
jangan harap aku nak pegi lepas kene rotan.

13) kat skolah tak boleh bawak henpon. tapi hampir satu skolah (esp seniors) ade hp. time outing ptg2, warden suke cek poket. tunggu budak balik lambat sambil carik henset. aku yang memang suke balik lambat (kul 5.50) memang saje carik pasal.satu hari ni kitorang balik outing lambat (turun kl). aku nampak dari jauh jep n broad jage gate. hurm, ade bakat nak jadik pak guard. hehe. dari jauh, aku letak hp kat dalam stokin. member2 aku yang laen ade yg letak dalam suar dalam, ade yg pkai suar 2 lapis(letak dalam poket sebelah dalam), ade yg letak kat kotak kfc. macam2 style. bile letak kat stokin, so jalan pun kene la slow2. budak2 laen sume ckp klau jln slow2 nnti kne sound sebab da lambat. so aku pon cepatkan skit jalan. da dekat2 nak sampai tu, tetibe henset aku terpelanting kuar dari stokin. ah,sudah.. then, member2 aku kepong kat depan, aku kat blakang buat2 betulkan tali kasut sambil tangan capai henpon. pastu terus letak henpon dalam baju (aku tuck in time nak balik skolah). sampai kat gate, warden lepaskan jer...tak banyak soal. aisey, susah2 jer..

---(13)lokasi kejadian henpon jatuh

14) anep ngan kuek suke maen tutup2 lampu kat bilik suis ni time kitorng tgh study. waktu kejadian: 12 malam. terlalu kerap berlaku. batch aku ingat guard yang buat. abes guard kene sumpah. diorang asek gelak time kitorang jerit2.


---(14)lepas tutup lampu, diorang cepat2 blah pasal ade orang lain yang akan datang hidupkan balik.


15) skip terawikh. kali ni lepak kat surau bangunan lab. (anep yg ajak). sambil lepak situ, sambil dengar Xfresh fm. pastu, makan makanan yg beli petang tadi. sampah buang kat koridor belakang. vandalisme betul... oh ye, kawasan tu memang sunyi giler malam2.dalam surau tu lak ade telekung pompuan (makcik lab punye kot). aku ngan kawan2 aku suke takutkan anep. kitorang sarung telekung tu, buat suare2 seram sikit. anep cuak macam nak pengsan (macam aku brani sangat..hehe)..ayat piawai anep bile kene takutkan,
"ko jangan buat macam ni bodo, nanti kene betul2.."sambil tunjuk muke pucat.
tapi muke anep gelabah dan cuak memang comel!haha


---(15) lebih kurang beginilah gaye kami menakutkan anep- demonstrasi oleh seorang junior.


16) malam tu, xde keje.lepas penat2 study. aku plan nak kenekan budak. tetibe teringat kat luqman. die penah kenekan aku pasal ID die. konon2 ilang (aku bawak maen mule2). penat aku kerahkan 60 orang form 1 carik ID die petang tu kat satu kelas aku. abes sume meja dak kelas kene selongkar. malam lepas prep aku suruh f2 pulak carik. tak jumpe. memangla, ID tu dah ade lat die. dekat sebulan aku carik. memang hampeh.
takpe, tak lame pastu aku balas. aku ngan member aku amek mangga kat bilik, pastu datang balik kelas (semangat abes). lepas tu, aku kunci locker dier. sebelum tu, buku2 penting die atas meja aku sumbat dalam locker die dulu.haha. esoknye, 1st period SEJARAH. cikgu Khoo Poh Suan a.k.a KUPAP. ayat piawai, "kamu ni orang melayu asek titow sajeeee..."
die suoh kitorang kuarkan buku tema sejarah f5. aku dah tahan gelak dari awal pasal buku luq ade kat dalam locker dier yg kne kunci. mari kita lihat siapa yang kena...die terus bangun pegi locker die. terkejut giler die bile tengok locker kne kunci. sume orang dah duduk tempat memasing. die sorang je still diri depan locker. Ckg Kupap pun tanye die,
"maane buku kamu ni luqman, takde kah?"
"ade dalam locker,tapi locker saye kene kunci.."
"haiya, saape yang suke kunci2 nie...nakal betul...langsung tak menghargai sejarah..sape kunci?cepat la bukak"
ler..xde kene mengene ngan sejarah pun..
"SAYE YANG KUNCI CIKGU.."aku cakap. tapi dalam hati je la..
sampai abes kelas hari tu die takde buku. (kecuali yg kat meja n locker lagi satu)
lepas tu aku tak sure same ade aku yang bukakkan atau die pecahkan mangge tu.
sory luq, gurauan mesra jer..lagipun, ko prank aku dulu...

---(16) locker luqman yang dikunci oleh AKU..err, berdosakah aku memprank PRESIDEN badan agama?

memang kelakar kalau ingat balik..

banyak lagi bende2 bodoh aku buat kat skolah dulu.. kalau ade idea nanti aku tambah lagi.

Tuesday 3 February 2009

ADA DEBARAN DISITU!



"mentadak mentadu... macam mane bancik tido?"
biasenye aku yang tanye dulu.
abang aku jadi tukang tengok.

nanti binatang tu pun angkat tangan die,
buat care abang aku tido.
pastu kitorang gelak sesame.

memang kelakar cara binatang tu imitate.
lepas tu, abang aku pulak tanye.
"mentadak mentadu, macam mane gaye budak bile kene tinggal?"
aku buat muke bengang.
abang aku memang suke menyakat.
xcukup dengan maen tinggal - tinggalkan,
die suoh mentadak mentadu buat aksi bodoh tiru gaye aku yang tengah melalak.

lepastu, kitorang tangkap die, masukkan dalam bekas plastik, tebuk lubang dekat tepi balang, terus bela. tapi, kejap je dah mati.



TAPI... tu cite dulu..zaman budak2. skarang ni sumenya dah berubah.
Skarang, aku benci giler kat mentadak mentadu.
BENCI, TAKUT, SERAM, CUAK, GERAM, MENYAMPAH, TAKUT, GUGUP, BACUL sume ade. Aku memang tak boleh blah dengan mentadak mentadu ni.



Sumenye bermule mase aku tengok dokumentari pasal mende alah ni. Mase tu aku skola rendah. aku takkan lupe ayat die "MENTADAK MENTADU MERUPAKAN PAHLAWAN MAUT". aku betul2 terkejut time tu. kagum pun ade jugak.



dalam dokumentari tu die cakap yang binatang ni takkan lari kalau diserang. dia lebih rela mati daripada lari. sebaab tu la tetiap kali kite kacau die die angkat tangan (macam nak sembayang pun ade gak). sebenarnye die nak fight ngan kite. sebab tu kot ade kungfu yang diberi nama The Praying Mantis Kills.. die tak kire lawan die besar mane. yang penting die lawan.

pulak tu, time dokumentari tu, die siap fokus dekat2 muke menatang tu. aku jadik geli gile..

kalau nak tau keberanian binatang ni,

CUBE USHA NIH...



BETAPA KEREKNYA MENTADAK MENTADU NI NAK BUNUH BURUNG. YE LA, DIE KAN PAHLAWAN MAUT. PEDULIK APE KALAU DIE KALAH.



TETIBE JER, DIE MENANG!



BESOKNYE, DIE BUNUH BURUNG YANG BETINE PULAK. MEMANG JAHAT.

SUMBER GAMBAR: http://outdoors.webshots.com/photo/2236121550027273083mKGeMf

so, tu la antara sebab kenape aku xsuke MENTADAK MENTADU. selain tak comel, mentadak mentadu ni jugak sangat KEREK!
TAPI, aku kan suke bela haiwan, so binatang2 lain aku OK je...
eh, ye ke OK? X jugak kot...hehe


sumber: http://outdoors.webshots.com/photo/2236121550027273083mKGeMf

OTAK KUSUT, KAMAR BERSERABUT

aku demam hari ni. memang betul2 xde tenaga. tapi nak tido pon tak senang pasal banyak gile kerje nak kene siapkan. nak buat kerje bilik pulak bersepah2.



macam ni nak buat keje pon xde mood.



so aku pon terus la kemas bilik. sebab da terabur sangat, aku pon jadi pening nak start dari mane.




last2 aku decide nak mule ngan kemas kain baju.



aku amek mase dalam 10minit wat mende nih.
lepas tu aku terus kemas meja, katil, n last skali sapu lantai.
dalam 25 minit, aku settle kemas bilik.



spongebob duk atas tabung aku. aku beli tabung untuk simpan duit syiling.



aku ketak 2 kerusi untuk "tetamu2" duduk



katil untuk 2 orang. jom tido ngan aku malam ni, anyone? hehe

kalau macam ni baru la ade smngat skit nak sambung wat kje. so, sesape yang rase cam malas gile nak kemas bilik, aku cadangkan korang kemas je slow2. lame2 siap gak.

Sunday 1 February 2009

BIMBANG BUKAN KEPALANG, AKSARA BERSILANG - SILANG

KELAS kimia tengahari itu tidak diendahkannya. pembentangan topik oleh rakan sekelasnya Arif juga hanya dikerling sekali sekala. Jelingannya turut singgah pada guru kimia, Cikgu Azizah yang sedang khusyuk mendengar pembentangan tersebut.
Dia tidak dengar apa - apa. Cuma yang dia tahu, tajuk pembentangan itu ialah Air Pollution.

lensa matanya terus tertancap pada skrin komputer acer aspire 4920 itu sambil si jemari pantas menekan aksara - aksara. dia berhenti seketika, membaca semula rangkaian ayat - ayat yang dikarang lalu kembali menaip. matanya kelihatan sedikit berkerut. Mungkin memerah idea. Mungkin juga ketandusan ilham. Dia sendiri tidak pasti.

Tugasan extended essay yang diminta oleh guru penasihat petang itu merunsingkannya. Banyak yang perlu ditambah. Terutamanya bahagian lampiran dan bahan sokongan. Baru sekejap tadi dia ke perpustakaan mencari bahan sokongan yang sesuai. Jumpa 4 artikel. Sekarang ini dia sedang memasukkan artikel – artikel itu ke dalam teks kajian tersebut. Kelas kimia tamat jam 1 30 petang.

Dia bergegas ke luar lantas kembali menekan kekunci – kekunci pada papan huruf. Dijelingnya jam pada paparan muka computer, 2 05 PM. Dia berhenti. Mengemas barang – barang lalu terus berjalan menghala ke dewan selera. Pinggan rakannya dilirik sekilas, “daging kari”desis hatinya. Ada nada hampa disitu. Perut sudah mula berirama sendiri. Lapar. Pinggan plastik berwarna oren terang diisi nasi putih sesenduk. Dia menyudahkan makanannya tidak lebih 10 minit.

Selepas itu, dia bergegas ke surau. Zohornya dilakukan dengan pantas sekali. Kemudian dia kembali ke perpustakaan. Sambil itu matanya terasa panas dan pedih. Kesan kanta lekap itu memang memeritkan menjelang tengahari. Diseluknya poket seluar sebelah kanan. Kosong. Dicuba pula sebelah kiri. Yang ada hanyalah telefon bimbit dan alat penyimpan elektronik.

“ala, tertinggal kat kelas,” dia mendengus perlahan.

Sambil itu badannya dilarikan pantas ke lr14. Sampai sahaja dimejanya, pantas diletakkan dua titis Baush & Lomb RENU Lubricating and Rewetting Drops pada kedua – dua belah matanya. Rasa pedih matanya tadi perlahan – lahan hilang dipuput bayu daripada pendingin hawa. Segar sekali!


Dia bangun semula. Berjalan pantas ke perpustakaan. Namun, tidak disedarinya bahawa kamera digital yang dibawa bersama – samanya tadi telah tertinggal di atas meja. Nota – nota sokongan itu disimpan dalam kamera tersebut. Ketika ingin memasukkan kad memori, baru dia sedar akan hal itu. Alamak, tertinggal lagi…ish..asek lupe jer… desisnya perlahan.

Digagahkan kudratnya itu untuk ke kelas, mengambil semula CASIO EXILIM itu kemudian kembali ke perpustakaan. Dengan pantas, dimasukkan kad memori itu pada bahagian khas laptop tersebut. Terpaparlah gambar – gambar bahan sokongan itu. Dia mula berkira – kira untuk memilih bahan yang paling sesuai. Tidak semena – mena, telefon bimbitnya bergegar perlahan.

1 NEW MESSAGE. INBOX: Cg Subaidah





Dia tersenyum sendiri. Hatinya lapang. Penghantaran tugasan Berjaya ditangguhkan hingga esok. YES!

Haha…kan da kene tangguhkan, so sempat la aku tulis blog.

sijil spm_khittah arjuna

JUMAAT 30jan aku pegi skolah ngan ex-skulmates aku Kuek (bukan name sebenar) ngan ucop. ucop da amek cert die taun lepas. tapi sebab die pun nak tunggu mak die amek kat alamanda, so die join la kitorang skali g skola. name skola? SK PUTRAJAYA PRESINT 1 (macam surat kabar taun 2005 time berita jerebu). gune gambar skolah aku tapi name skola silap. boleh pulak...
jalan kaki dari alamanda pegi skolah tu memang dekat jer. aku yang da pegi skolah tu taun lepas (train juniors) tak rase excited sangat memule. (mule2 jer). masuk je dalam skolah rase mcm tak caye lak aku penah blaja kat tempat cun mcm ni. ucop sempat cakap, "baru aku tau alam shah ni cantik sebenarnye". ye la, dulu time skolah aku tak hargai sume ni.

sampai je kitorang terus pegi pejabat skolah. pejabat tak banyak sangat beza. cume kaunter die da jadi best sikit.


ayat menarik: sekolah kluster cemerlang..haha..aku tak rase pon




akak pejabat tgh carik sijil spm


time kitorang pegi memang xde cigu/juniors sebab diorang stil cuti lagi. lepas je amek result, kitorang pg usha2 kawasan skolah. teringat la memori2 nakal & bodoh & lawak time blaja sini dulu.

tandas lelaki. ade ke tandas perempuan? eh, ni tandas cikgu la..


kelas lame aku. sekarang dah jadi kelas baru , 5 WAWASAN(name yang baru wujud)


benda ni dicipta pade taun 2006. time tu nak wat perasmian smule skola. nak rasmikan punye pasal, terus kene tukar name. sekolah SULTAN alam shah.

batch aku last pakai name skola alam shah.


lepas amek rezut kitorang pegi alamanda. wat bende2 piawai time outing : makan kat Rasa, melalak kat Superstar KO, bowling, mph, surau. tapi kitorang tak sempat tgk muvie. kempunan nak tgk INKHEART.


^full of excitement

ALAHAI RAMBUT

*lanjutan dari teks "harga sehelai rambut"

cuti CNY lepas aku pegi gunting rambut. sebenarnye aku gunting ni pun pasal mak aku yang suoh. die cakap die x suke ngan style rambut aku. "xnampak macam student".tu la komen mak aku. kalau ikutkan aku memang malas nak gunting, even lepas kene tegur ngan cigu ari tu (rujuk teks harga sebuah rambut). tapi bile mak aku sendiri yang cakap camtu, aku pun laju je pg kedai n terus pendekkan sikit rambut aku. sebab bagi aku, mak aku ni very understanding. jarang komen pasal aku. so, kalau sesekali die tegur, memang aku terus ikut.


sebelum

nak jadikan cite, ari kamis lepas (29 januari), cigu tu pun macam bese datang kelas utk amek name budak2 late comers. die da pesan suoh aku jumpe die lepas CNY. aku pun tunjuk la rambut aku yang da kemas sikit ni kat die. lepas die puas ati, die cakap "i hope you can maintain your hair style". sebelum aku blah die sempat cakap, "macamla i ingat lagi bende tu, kalau u tak jumpe i pun, i tak perasan". memang aku da agak die tak ingat sebab ramai sangat budak2 rambut panjang yang die da tegur. tapi takpela aku jumpe die, bukannye kene baling batu pun kan? yang penting time jumpe tu rambut aku dah kemas.

tapi, kekadang aku rase tak selesa ngan org yang kasik name aku kat cigu tu. pade aku, die tak perlu buat macamtu, sebab aku da besar panjang. kalau aku nak gunting, aku pegi je la gunting. tak payah suruh2. macam puan adilah cakap time rambut classmate aku a.k.a mentee die Akeed kene tegur ngan puan hanirus, "Akeed ni bukannye budak tadika lagi nak kene tegur2 macamtu". bestla puan adilah.

tapi bile pikey balik, ade baiknye jugak die buat mcm ni. baru aku sedar yang rambut aku sebenarnye agak panjang. think positive zarn!


selepas


selepas



^jom kembali ke sekolah!