CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 16 March 2009

tukar2..

saya telah memberikan sentuhan baharu pada blog ini.
daripada hijau sebagai warna tema,



telah saya ubah menjadi kelabu.
lebih artistik & klasik saya fikir.




saya juga telah mengubah alamat lamang sawang ini
daripada
www.zarnclicks.blogspot.com
kepada
www.zarnistics.blogspot.com
sebenarnya, saya telah mengalami sedikit kesukaran ketika mengubah
reka letak blog lama itu. oleh itu saya telah mencipta sebuah blog yg baru (blog sekarang) dan telah memasukkan semula semua koleksi coretan yang lepas.

oh ye, saye masih lagi mengekalkan Sya sebagai penulis bersama.
Oleh itu, pada akhir coretan, sila lihat nama penulis sama ada Zarn atau Sya.

selamat melungsuri lawan sawang ini!

Wednesday 11 March 2009

MONOLOG SEORANG PESAKIT

Tadi aku usha emel2 lame aku. ingat nak delete mane2 emel yg dah tak pakai.
tetibe aku ternampak satu surat daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yg aku nk share kat sini.

date: DEC 2008, from: ____________@moh.gov.my



Tuan,


PER: SIKAP SAMBIL LEWA KAKITANGAN PERUBATAN ___________________(nama klinik/hospital)

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas dan E-Aduan tuan adalah berkaitan.

2. Terlebih dahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan terima kasih di atas maklum balas tuan mengenai perkara di atas. Adalah menjadi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan bahawa setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan dengan sebaiknya.

3. Untuk makluman tuan, pihak Jabatan Kesihatan __________________ telah menjalankan siasatan mengenai aduan yang dikemukakan dan hasil siasatan mendapati aduan tuan adalah berasas dan pihak Kementerian memandang serius berkenaan perkara ini.

4. Sebagai langkah penambahbaikan, tindakan DISIPLIN telah diambil kepada pegawai perubatan berkenaan dan diberikan teguran supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut dan sentiasa mengikut peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan semasa menjalankan tugas. Tindakan TEGAS akan diambil sekiranya beliau mengulangi perbuatan ini. Selain daripada itu Pegawai Perubatan Kanan dan Ketua Jururawat telah diarahkan untuk sentiasa memantau dan membuat penyeliaan di __________________________ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit.

5. Semoga dengan penjelasan yang telah diberikan akan dapat memperjelasan masalah yang telah bangkitkan oleh pihak tuan dan diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Unit Perhubungan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia

Dah lame aku tulis komen ni. aku buat pasal tak puas hati ngan layanan doktor ngan nurse tu. aku kene marah dalam bilik rawatan. salah satu sebab, diorang cakap aku datang time lunch. giler betul. kalau time lunch, kaunter pendaftaran dah lame tutup bang.. tak mungkin aku akan dapat nombor giliran.

dah la aku tengah sakit, pastu kene dengar diorang bebel2 lagi.
sape tak hangin. diorang ingat diorang bagus abes nak marah2 aku?

pastu care doktor tu cakap memang kasar giler. nurse kat sebelah pun same asek tambah2 ape yg doktor tu cakap.
tapi aku xde la diam jer. sambil die bebel aku jawab balik. dengan beraninye aku cakap pasal hak aku sebagai pesakit. aku cakap diorang takde etika melayan pesakit. aku siap cakap nak wat aduan kat KKM, barula diorang senyap.
tapi aku bukan cakap je, aku buat betul2.



borang aduan boleh didapati di: http://www.moh.gov.my/eaduan/formAduan.jsp

aku tau la diorang penat keje, tapi takyah la lepaskan geram kat aku. tapi bile pikir balik, xde la aku nak marah sangat pasal aku pegi ospital kerajaan pun sebab nak amek MC je, sebab MC kerajaan paling laku dalam semua urusan compare ngan private. kalau nak ubat bebetul dah lame aku pegi private. sebab tu lepas dapat ubat je aku terus campak dalam tong sampah sambil bayangkan ubat yg aku buang ialah muke doktor n nurse yang kurang ajar. MC je aku simpan.

balik tu aku terus pegi kat website KKM n tulis komen in detail.
beberape minggu pastu (tempoh mase yang agak lame untuk bertindak) aku dapat banyak call dari pihak hospital tanye pasal kes ari tu. diorang cakap nak siasat.
dengan rajinnye aku pun bagi kerjasama yang baik.
tak lame lepas diorang siasat (seminggu lebih), aku dapat call skali lagi cakap diorang dah settlekan bende nih.

last skali lepas sume settle, aku dapat surat kat atas tu.

moral of the story: pertahankan hak anda

Tuesday 10 March 2009

FACEBOOK - IRONI ALAM MAYA

tengah gua lepak2 bace UTUSAN MELAYU kat LCR td, gua ternampak satu artikel pasal FACEBOOK kat rangan FORUM surat kabar tu.

gua suke ngan tajuk surat mamat KL nih:

"Hati-hati guna Facebook, MySpace..."
tajuk yang simple, but nice.



Lalu gua pun dengan rajinnye menaip balik surat tu untuk tatapan lu orang (mane ade, gua copy paste je kat utusan malaysia online)

"RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.

Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook.

Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.

Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang terdiri daripada golongan professional, mereka inilah yang dicari-cari.

Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

l Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.

l Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.

l Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja.

Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.

Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

MAN MAD
Kuala Lumpur
________________________________________________________



Sejauh mane kebenarannye.. LU PIKIRLA SENDIRI.

Tapi pade gua, betul jugak ape yg MAN MAD KL cakap. xpayah la nak dedahkan sume maklumat diri kite, bukan kat internet je, tapi kat orang lain jugak.
sebabnye...

TAK RAHSIA TAK BEST!
so, mulai hari nih, gua berazam untuk ade hobi baru iaitu MENYIMPAN RAHSIA.

FAKTA menarik tentang gua:

1) gua tak jawab soalan EQ UKM sampai habis. gua jawab mane2 yang gua suke jer. maklumat peribadi? kompem gua KOSONGKAN. dapat gak rm5.
2) gua tak suke makan udang
3) gua berbintang ARIES

ADEKAH GUA SEORANG YANG SUKE BERAHSIA?

Saturday 7 March 2009

ujian Dementia!!!
Salam to all my fren..~
Nothing much to say.. ermm(lihat bawah)

Ingin mengetahui Betapa cekapnya anda????
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera.
OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....
Ready? GO!!! (lihat bawah)


Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua.
Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus.
Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama


OK ?
Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. Jawapanya, ada tetap ni kedudukan no 2. Sebabnya, sebelum anda memotong orang terakhir, orang pertama yang berada didepan anda terlebih dahuhulu memotong orang itu..nampaknye… anda masih kurang pantas…cuba anda jawab soalan ke3..


Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah...
Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 ... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba.


Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono.
Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary.
Baca semula soalan!


Okay, cuba jawab soalan bonus!!!:(soalan nie musti sume leh jawap)
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapannya Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja
till then......
p/s:to owner tetap blog nieh..ermmm...jgn sedey2 lagi ye syg : )

Wednesday 4 March 2009

28 FEB 2009. RAHSIA BUKAN LAGI RAHSIA



bagi mengelakkan sebarang spekulasi berkenaan kehilangan saya selama dua hari (isnin & selasa - 2 & 3 mac) di sini saya paparkan kisah sebenar dengan format soal jawab.

Q: Apakah yang terjadi pada malam sabtu 28 feb lalu?




Z: saya telah mengetahui keputusan "perlawanan" yang begitu penting dalam hidup saya selepas mendapat panggilan daripada Yazid.

Q: mengapa pula anda begitu tertekan?



Z: keputusan perlawanan telah saya ketahui lebih awal dari jangkaan

Q: anda tertekan kerana tewas?

Z: bukan begitu. saya tidak tewas. dalam perlawanan itu, terdapat 12 sub-permainan. saya telah memenangi 11 daripada 12 permainan itu. namun, pada satu lagi permainan, saya tidak diumumkan sebagai juara, tidak juga sebagai peserta yang tewas. kedudukan saya di tengah - tengah. saya benar - benar bimbang. saya takutkan kekalahan. saya bertanding secara berseorangan. saya merupakan pemain utama dan hanya mempunyai 3 penyokong, sedangkan lawan saya seramai 12 ORANG!

Q: apakah jenis permainan itu?

Z: maaf. terlalu sulit untuk saya ceritakan. namun begitu, perkataan "perlawanan" ini hanyalah satu analogi. walau bagaimanapun, permainan yang saya maksudkan ini bukanlah bermaksud JUDI, KERJAYA, MAHKAMAH, JENAYAH, KESIHATAN, AGAMA (akidah, tasawuf, dll), PERHUBUNGAN (keluarga, kawan2, kekasih hati, hubungan sulit, dll), mahupun PELAJARAN.

Q: saya kurang jelas, boleh anda perincikan?

z: perlawanan ini merupakan masalah yang saya hadapi. ia bukan aspek2 yang saya nyatakan di atas, namun impaknya terlalu besar pada MASA DEPAN saya. saya perlu menang semua perlawanan supaya masa depan saya lebih terarah.

Q: baiklah, ketika anda diberitahu mengenai keputusan perlawanan, adakah anda terfikir untuk melakukan perkara - perkara seperti meminum racun, terjun bangunan, atau kelar leher dengan pisau. err.. maksud saya bunuh diri.?



z: terjun bangunan mungkin...(tertawa kecil). entahlah, fikiran saya benar - benar kusut waktu itu. saya jangkakan bahawa saya akan menang pada keseluruhan perlawanan, tanpa SERI satu pun. namun, saya seri satu permainan. saya berbincang dengan rakan seperjuangan saya akan tindakan yang perlu kami lakukan untuk merangkul semua kemenangan. dia juga buntu. saya rasakan hidup saya sudah sampai ke penamat. em..ada juga saya terfikir untuk terjun bangunan waktu itu, namun naluri saya kata jangan. setiap masalah pasti ada penyelesainnya. itulah yang saya pegang. alhamdulillah, saya tidak melakukan perbuatan bodoh itu.



Q: adakah anda menangis waktu itu?

z: tidak pada mulanya. saya sangkakan saya kuat. namun, emosi telah menguasai diri saya.

Q: bilakah kali terakhir anda menangis?

z: (terdiam seketika). sudah 8 tahun saya tidak menangis. kali terakhir ialah ketika saya darjah 6. itupun sebab sebab baju saya koyak selepas bergaduh dengan seorang kawan di dalam bas, ketika balik dari kelas malam UPSR. saya menangis kerana takut dimarah bonda. dia pula menangis kerana cermin matanya pecah dipijak saya. kami sama - sama menangis (tertawa). namun malam itu (28 feb), saya rasa begitu bimbang dan takut. takutkan kekalahan, bimbangkan masa depan. ketika saya begitu memikirkan perkaara itu, tidak semena - mena, air mata mula mengalir. saya pun pelik. murah benar air mata saya waktu itu. saya turut menangis ketika saya berbual dengan keluarga.

Q: adakah Sya tahu anda menangis?

z: (tergelak besar). mestila tidak. ketika berbual dengan Sya, saya cuba mengawal suara saya supaya kelihatan natural. dia cuba untuk mengetahui masalah itu, namun saya tidak memberitahunya kerana bimbang dia akan turut bersedih. saya cuma meminta Sya mendoakan kemenangan saya. Dia benar - benar memahami.

Q: baiklah, berbalik pada persoalan utama, mengapakah anda melarikan diri dari KMB pada hari ahad petang?

Z: saya tidak melarikan diri. sebenarnya, pada petang itu, keluarga saya menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka sudah berada di KLIA. lebih kurang 15 minit lagi akan tiba. saya benar - benar terperanjat. saya tidak mahu keluarga mengetahui akan masalah saya.

Q: maksud anda, ini bukanlah masalah keluarga?

Z: benar, ini bukanlah masalah keluarga, malah tidak ada kena mengena dengan keluarga saya. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mereka. biarlah perkara ini menjadi rahsia kami berempat (merujuk kepada dirinya, yazid, dan 2 orang sahabat lagi).

Q: apakah yang berlaku selepas keluarga anda tiba di kolej?

Z: saya mengambil keputusan untuk balik ke rumah bersama - sama keluarga. saya benar - benar tertekan waktu itu. saya terus memberitahu rakan dan mentor bahawa saya mengambil cuti kecemasan atas urusan peribadi.

Q: jadi, anda pulang ke rumah bersama keluarga anda?

Z: memang itulah perancangan awal. namun saya tidak menyangka bahawa keluarga saya mempunyai perancangan lain. saya dibawa ke satu tempat yang mendamaikan selama 2 hari untuk mencari ketenangan. dalam pada itu, mereka cuba untuk mengetahui masalah saya.



Q: adakah anda memberitahu keluarga anda?

Z: tidak pada malam ahad. mereka juga tidak banyak bertanya. mungkin mereka memberi ruang untuk saya menenangkan fikiran dahulu. hanya pada keesokan harinya (isnin), mereka mula bertanya sedikit demi sedikit. dari pagi mereka bertanya, bermacam - macam pendekatan digunakan. namun, hanya pada waktu malam itu saya berani untuk memberitahu.

Q: siapakah orang yang pertama mengetahui perkara ini?



Z: kakak saya (kakak kedua). ketika itu kami berada di starbucks cafe. keadaan yang tenang di situ membuatkan saya agak selesa untuk menceritakan masalah saya. dia begitu tenang mendengar. responnya begitu menakjubkan. katanya, masalah itu masih boleh diselesaikan.

Q: apakah perasaan anda ketika mendengar responnya?

Z: saya sudah menjangkakannya lebih awal kerana dia memang begitu memahami. Oleh itu saya lebih selesa berbicara dengannya. sebenarnya, jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh dia menyamai dengan perancangan awal saya. kami melakukan sedikit pengubahsuaian supaya masalah itu dapat ditasi dengan pantas.

Q: bilakah ahli keluarga yang lain tahu?

Z: selepas saya menceritakan perkara itu pada kakak saya, ahli keluarga yang lain mula mengambil tempat dikeliling meja. kakak saya menceritakan semuanya kepada mereka, kecuali bonda yang tiada atas permintaan saya kerana bimbang dia akan terkejut. namun, tidak ada seorang pun antara mereka yang kelihatan terperanjat selepas mengetahui perkara yang sebenar. reaksi mereka sebenarnya yang membuatkan saya begitu terperanjat dan pelik.

Q: pernyataan anda seolah - olah bahawa anda telah melakukan satu jenayah besar. benarkah begitu?







Z: (tergelak kecik). sudah saya katakan tadi, perkara ini TIDAK ada kaitan dengan JENAYAH, JUDI, KERJAYA, KESIHATAN, AGAMA (akidah), MAHKAMAH, PERHUBUNGAN (keluarga, kawan2, kekasih hati, hubungan sulit, dll), mahupun PELAJARAN.

Q: baiklah, apakah penyelesaian yang telah anda ambil?

Z: setelah berbincang, kami mula merangka strategi. cadangan awal saya tadi dijadikan idea pokok. kemudian diubah suai sedikit lalu berjaya menghasilkan satu penyelesaian yang menakjubkan. tidak sangka, dalam masa dua jam, masalah saya berjaya diselesaikan. alhamdulillah.

Q: andakah Yazid mengetahui perkara ini?

Z: saya tidak memberitahunya. namun, dia menghubungi saya pada pukul 10 malam itu lalu saya menjelaskan kepadanya akan langkah yang saya ambil. dia kelihatan gembira dengan tindakan saya itu.

Q: jadi, anda meneruskan perlawanan terakhir itu?



Z: benar. tapi kali ini, tindakan saya lebih drastik. saya optimis bahawa saya akan menang kali ini. tidak lagi seri walaupun dalam satu permainan.

Q: hal ini bermaksud, anda belum mengetahui keputusannya?

Z: benar. namun, saya akan mengetahuinya tidak lama lagi. saya tidak begitu bimbang kali ini kerana atas tindakan saya ini, kemungkinan untuk saya memenangi perlawanan tersebut ialah 99.99 %.

Q: adakah anda lebih yakin untuk menghadapi kehidupan sekarang ini?

Z: benar sekali. pengalaman ini amat bermakna buat saya. saya melihat kehidupan sebagai satu peluang untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Q: apakah harapan anda?

Z: majulah sukan untuk negara.




ape2 pun. aku memang hepy giler skarang nih.
main problem dah settle.
tinggal masalah2 kecik jer..adatla kan..

Monday 2 March 2009

Laugh! it's really d best medicine..

Em,lame rasenye zarn tak post things yang boleh dibace.. maybe..busy kot..ermm
navermind saya pun da start cuti sem.. so lets check dis out!!!...

Cerita 1
Seorang is3 ingin menghubungi suaminya,tetapi telefonya tak de kredit .Sejurus selepas itu,die menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada suaminya yang sedang bekerja di tapak pembinaan..

selepas si anak membuat panggilan, die memberitau ibunya seorang wanita lain menjawab pesanan telefon ayahnya .Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap wanita yang sama yang menjawab...

Si is3 pun dengan marahnya menunggu kepulangan suaminya dari kerja di depan pintu..sesampainye suami d rumah si is3 pun membelasah habis-habisan kerna perlakuan curang suaminya...habis berkumpul semua jiran tetangga mereka untuk melihat drama petang itu..Si is3 meminta anak lelakinya memberitau semua orang apa yang dikatakan oleh wanita d dalam talian tadi..

Si anak pun cakap"Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan,sila cuba sebentar lagi"....

Cerita 2
Satu hari ade 2 orang kaye sedang duduk melapak di cafe...

Orang kaya 1:"hey, kau tau tak pemandu aku bodoh nye setengah nak mampus! kalau ko tak caye cube ko tengok nieh ye.."

terus orang kaya 1 tu memanggil pemandunya, King Kong." King Kong , ini Rm10 ,pegi kedai kereta belikan aku kereta mercedez".

King Kong pun menjawab dengan sopan."Yes boss!!..Right a way!!" dengan pantas terus ke kedai kereta

Orang kaye 1 memberitahu temannya."Nampak betul tak aku cakap, die pegi buat betul-betul...".

Orang kaya 2 :"Tu belum pape aku punya pemandu lagi la bengap tahap supernova..meh tengok sini..".Terus orang kaya 2 memanggil pemandunya Rambo."Rambo pergi ke rumah saya, cuba lihat samada saya ade di rumah ke tidak?".

Rambo berkata."Yes boss!!..Right a way!!" die terus cabut pulang ke rumah tuannya.

Orang kaya 2 memberitahu temanya."Perghh..ko dapat tengok tak tahap ape kebe****** pemandu aku nieh...mane la boleh aku ade kat dua tempat dalam satu masa".

Tidak lame kemudian kedua-dua pemandu itu ketemu di jalan..

King kong:"Eh u knoe, my boss is very stupid laahhh.Dia kasih aku Rm10 suruh aku beli kete Mercedez di kedai kereta,mana boleh??.Ko tau la hari ni kan hari minggu..Semua kedai kereta tutup!!"

Rambo:"ko fikir boss ko stupid?? boss aku lagi arrr stupid tahap supernova....Ermm ade ke dia suruh aku balik rumah untuk lihat dia ade kat rumah ke tak??Padahal dia boleh chek sendiri ..telefon sajalah ke rumahnya sendiri!!"

p/s:Em kalu nak cite banyak lagi cube korang bukak blog nieh..
link