CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday 10 April 2009

zam zam ala kazam!

zam zam ala kazam!
maka suatu waktu dahulu, putera itu pun berangan - angan untuk terbang jua. ke langit tinggi setara gemawan.
belahlah samudera olehnya. hijrahnya pada satu benua. nun jauh di hujung buana.
hatta berkocaknya gelombang indah di bawah sana, sukmanya berdendang rentak gumbira.
maka bermunajatlah ia pada khalik.

kendatipun kini, putera itu buntu. zuljat.
gusar putera itu akan keinginan sebenarnya. satu wasilah bertandang kini. satu jadi dua, dua jadi tiga. dihitungnya dengan jari sahaja.
lumat fikiranya mencari ilham. mengikut rentak hati, atau terus memuncak menara yang didaki?
tiga kali purnama lagi. tiga ratus kali putera mengelamun sendiri.
bagaikan mimpi sang ratu!

-prosa tradisional: ikhlasnya luahan hati