CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 21 December 2009

bosan 2

sepatutnya aku ade paper hari ni.
tapi sebab dapat mc 10 hari,
so exam aku ditunda next sem.
duduk je la kat dalam bilik.
bosan.

marshmallow yg chumel

lepas je amek mc kat klinik, aku terus balik umah.
tetibe je housemate aku hulur satu bende menarik kat aku.
ade orang bagi die cakap.



hurm..sape la yg rajin nak anta2 mcm nih.
ptg tadi jugak aku dpt tau sape sender die.
Qayyim! haha.. unexpected..erm..sayang ko gak.. haha
tengkiu Bro.

**sebenarnya, diorg ade wat macam dedication utk kasik kat member.
kire mcm ko isik form, kasik duit, n sampai la barang kat orang tu.

tak boleh amek exam

sebab demam.
xboleh datang kelas.
xboleh amek periksa sekarang ni.
cuti.kuarantin.duk umah.
amek periksa bile dah sehat.
lebih banyak masa untuk belajar.
BELAJAR..
~fuh
--ada hikmahnya--

Sunday 20 December 2009

demam

petang ahad yg muram.
aku mula demam.
xlarat nak blajar.
tido je.
dugaan..dugaan..

Saturday 19 December 2009

Ketawakan Makcik Itu?

Tengahari tadi, aku pegi kedai makan ngan kawan aku. Tengah jalan2, tetibe ade sorang makcik indonesia yang fasih cakap melayu tegur aku.

Makcik: Dik, makcik nak telepon anak makcik, Dulrahman. Tak sempat angkat dah mati tadi.

Sambil tu dia hulur henset die kat aku.



Aku: Oh, mari sini saya tolong.

Aku ambil henset tu, then aku tekan tekan butang CALL warna hijau. Nama pertama dalam senarai tu, DULRAHMAN. Senang giler.

Aku: Ni makcik, saya dah dailkan. Cuba dengar.

Makcik: Dik, dia tak angkat la. Boleh dailkan lagi?

Aku: Boleh. Makcik tengok sini, mule2 tekan butang hijau ni,
lepas tu keluar la nama anak makcik dalam senarai sebab dia
baru je lepas call makcik kan.
Takpun, makcik tekan anak panah bawah,
lepas tu tekan nombor tiga sebab huruf D dekat button nombor 3.
Lepas tu, cari nama anak makcik, Dulrahman.
Ha, ni..dah jumpa.. Makcik tekan butang hijau untuk dail.

Makcik: Oh, makcik tak tau pun dik. Makcik dah tua. Benda2 macam ni makcik memang tak pandai.

Aku: Adatla tu makcik, kita sama je. Saya pun bukannya tahu sangat. Main agak2 je.

**hehe..ayat aku xleh blah. susah woo nak pikey ayat bagi makcik tu tak terasa. takut lak salah cakap..

lepas blah dari situ,aku teringat lagu Brad Praisley, Don't Laugh At Me.

Don't laugh at me
Don't call me names
Don't get your plesure from my pain
In God's eyes were all the same
someday we'll all have perfect wings
Don't laugh at me

Kesimpulan dia, tak semua benda kita tahu.
So, xyah la gelakkan & pandang rendah kat orang lain kalau dia tak tau.
Mungkin dia tak tahu 1, tapi berjuta benda lain yang kita sendiri pun tak tau, dia tau.

Doa Bile Tak Dapat Jawab Periksa?

Berikut merupakan perbualan aku dengan sorang senior time skolah dulu.
Perbualan berlaku di dalam surau.

Senior: Eh, ko ade exam kan next week?
Aku : Aah. Nape?
Senior: Xde, ni aku nak bagi satu doa kat ko.
Aku : Doa ape? (tetibe je mamat ni jadik alim..?)
Senior: Doa bile tak dapat jawab time exam. Nak x?
Aku : O.. bagus gak. ape doa die?
Senior: Bile ko kantoi time jawab exam, ko bace nih,

Aku : Macam selalu dengar doa tu. Err, tu bukan doa tidur ke?
Senior: Memang ar..kalau ko xdapat jawab time exam, ko tido je la. haha
Aku : (Eleh, tak kelakar pon...) O..ye ke..

Tiada Cacatnya Bahasa Kebangsaan





Pukul 8 malam tadi, saya duduk di perhentian bas menungu seorang kawan.
Saya lihat sekeliling. di sebelah kiri saya ada 2 orang lelaki kulit hitam. Di bahagian hujung pondok bas itu terdapat sepasang kekasih keturunan arab. 3 orang lelaki lagi sedang sibuk menampal iklan kerja. dibangku sebelah kanan saya pula terdapat seorang lelaki berketurunan cina.

sedang saya asyik mendengar mp3, tiba - tiba lelaki cina itu menegur saya,

"How long have you been here?"
"About 15 minutes. why?" Saya menjawab.
"No bus passes through since you arrived here, is it?" Dia inginkan kepastian.
"Not yet. Normally the frequency is 30 minutes. Don't worry, there'll be a bus soon." Saya menjawab.
"I'm bored" Dia mengeluh.
"Nak pergi mana?" Saya bertanya dalam bahasa Melayu kerana saya agak dia rakyat Malaysia.
"Pardon me?" Dia menyoal semula.
Bukan orang malaysia kot. Nak kata tak dengar, tak mungkin sebab saya duduk betul- betul disebelah dia.
"Where are you going?" Saya soal dalam bahasa inggeris pula.
"Oh, I want to go shopping. Just want to release tension for my upcoming exam next week"

"I see.. Yeah, it's a good idea to enjoy for a while before hitting the books, right. Er, are you Malaysian?"Saya bertanya, inginkan kepastian.

"Yes, I am" Dia menjawab mudah.

"Belajar ambil kursus apa?" kali ini saya bertanya dalam bahasa Melayu.

"Oh. Kejuruteraan Elektrik"
Terdetik di hati saya, 'pandai pun cakap Melayu..siap cakap kejuruteraan lagi, bukan engineering'
"Oh, tahun ke berapa ni?"
"tahun empat. tahun depan sudah habis"
"oh. senangla.dah nak habis belajar. dah boleh kumpul duit sendiri buat kahwin" saya cuba bergurau.
"hehe.. mana ada. bukan senang nak cari kerja sekarang maaaa.." Dia turut tergelak.

Banyak juga yang kammi bualkan, daripada kursus - kursus di universiti hinggalah kepada harga makanan yang mahal di sekitar kediaman kami. Oh ye, kami berbual dalam bahasa Melayu.

Tiba - tiba, dia bertanya saya,
"Eh, kamu memang tak suka cakap english ke? saya dengar tadi kamu cakap lancar maa.. kamu tau tak, nowadays, almost everything is in english. If you want to survive, you must be very good in english".

saya terkedu seketika.
ini kali kedua saya disoal sama ada saya suka cakap bahasa inggeris atau tidak. pertama dahulu di dalam teksi dengan pemandu berbangsa cina yang menyarankan saya agar berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan alasan 'english is very important'.


saya melihat kembali wajah lelaki di pondok bas itu sambil tersengih. Kemudian, saya menjawab,
"saya suka bahasa inggeris. tapi saya lagi sayang bahasa Melayu"

Telefon bimbit saya berbunyi. Rakan saya sudah lama menunggu di sebarang jalan rupa - rupanya.

"Kawan saya dah sampai la. pergi dulu.." saya memberitahu lelaki cina tersebut dan terus melangkah ke seberang jalan.

*** pada saya, tak dapat dinafikan, bahasa inggeris memang penting. tapi, cukuplah kalau kita cakap BI kat dalam kelas, ataupun bercakap dengan orang yang bukan rakyat Malaysia. Atau cakap BI bila perlu sahaja. Selebihnya, gunakanlah bahasa Melayu. Sebabnya, bahasa rasmi Malaysia ni bukan untuk orang Melayu sahaja, tapi untuk seluruh rakyat Malaysia.