CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 19 December 2009

Tiada Cacatnya Bahasa Kebangsaan





Pukul 8 malam tadi, saya duduk di perhentian bas menungu seorang kawan.
Saya lihat sekeliling. di sebelah kiri saya ada 2 orang lelaki kulit hitam. Di bahagian hujung pondok bas itu terdapat sepasang kekasih keturunan arab. 3 orang lelaki lagi sedang sibuk menampal iklan kerja. dibangku sebelah kanan saya pula terdapat seorang lelaki berketurunan cina.

sedang saya asyik mendengar mp3, tiba - tiba lelaki cina itu menegur saya,

"How long have you been here?"
"About 15 minutes. why?" Saya menjawab.
"No bus passes through since you arrived here, is it?" Dia inginkan kepastian.
"Not yet. Normally the frequency is 30 minutes. Don't worry, there'll be a bus soon." Saya menjawab.
"I'm bored" Dia mengeluh.
"Nak pergi mana?" Saya bertanya dalam bahasa Melayu kerana saya agak dia rakyat Malaysia.
"Pardon me?" Dia menyoal semula.
Bukan orang malaysia kot. Nak kata tak dengar, tak mungkin sebab saya duduk betul- betul disebelah dia.
"Where are you going?" Saya soal dalam bahasa inggeris pula.
"Oh, I want to go shopping. Just want to release tension for my upcoming exam next week"

"I see.. Yeah, it's a good idea to enjoy for a while before hitting the books, right. Er, are you Malaysian?"Saya bertanya, inginkan kepastian.

"Yes, I am" Dia menjawab mudah.

"Belajar ambil kursus apa?" kali ini saya bertanya dalam bahasa Melayu.

"Oh. Kejuruteraan Elektrik"
Terdetik di hati saya, 'pandai pun cakap Melayu..siap cakap kejuruteraan lagi, bukan engineering'
"Oh, tahun ke berapa ni?"
"tahun empat. tahun depan sudah habis"
"oh. senangla.dah nak habis belajar. dah boleh kumpul duit sendiri buat kahwin" saya cuba bergurau.
"hehe.. mana ada. bukan senang nak cari kerja sekarang maaaa.." Dia turut tergelak.

Banyak juga yang kammi bualkan, daripada kursus - kursus di universiti hinggalah kepada harga makanan yang mahal di sekitar kediaman kami. Oh ye, kami berbual dalam bahasa Melayu.

Tiba - tiba, dia bertanya saya,
"Eh, kamu memang tak suka cakap english ke? saya dengar tadi kamu cakap lancar maa.. kamu tau tak, nowadays, almost everything is in english. If you want to survive, you must be very good in english".

saya terkedu seketika.
ini kali kedua saya disoal sama ada saya suka cakap bahasa inggeris atau tidak. pertama dahulu di dalam teksi dengan pemandu berbangsa cina yang menyarankan saya agar berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan alasan 'english is very important'.


saya melihat kembali wajah lelaki di pondok bas itu sambil tersengih. Kemudian, saya menjawab,
"saya suka bahasa inggeris. tapi saya lagi sayang bahasa Melayu"

Telefon bimbit saya berbunyi. Rakan saya sudah lama menunggu di sebarang jalan rupa - rupanya.

"Kawan saya dah sampai la. pergi dulu.." saya memberitahu lelaki cina tersebut dan terus melangkah ke seberang jalan.

*** pada saya, tak dapat dinafikan, bahasa inggeris memang penting. tapi, cukuplah kalau kita cakap BI kat dalam kelas, ataupun bercakap dengan orang yang bukan rakyat Malaysia. Atau cakap BI bila perlu sahaja. Selebihnya, gunakanlah bahasa Melayu. Sebabnya, bahasa rasmi Malaysia ni bukan untuk orang Melayu sahaja, tapi untuk seluruh rakyat Malaysia.