CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 4 March 2009

28 FEB 2009. RAHSIA BUKAN LAGI RAHSIA



bagi mengelakkan sebarang spekulasi berkenaan kehilangan saya selama dua hari (isnin & selasa - 2 & 3 mac) di sini saya paparkan kisah sebenar dengan format soal jawab.

Q: Apakah yang terjadi pada malam sabtu 28 feb lalu?




Z: saya telah mengetahui keputusan "perlawanan" yang begitu penting dalam hidup saya selepas mendapat panggilan daripada Yazid.

Q: mengapa pula anda begitu tertekan?



Z: keputusan perlawanan telah saya ketahui lebih awal dari jangkaan

Q: anda tertekan kerana tewas?

Z: bukan begitu. saya tidak tewas. dalam perlawanan itu, terdapat 12 sub-permainan. saya telah memenangi 11 daripada 12 permainan itu. namun, pada satu lagi permainan, saya tidak diumumkan sebagai juara, tidak juga sebagai peserta yang tewas. kedudukan saya di tengah - tengah. saya benar - benar bimbang. saya takutkan kekalahan. saya bertanding secara berseorangan. saya merupakan pemain utama dan hanya mempunyai 3 penyokong, sedangkan lawan saya seramai 12 ORANG!

Q: apakah jenis permainan itu?

Z: maaf. terlalu sulit untuk saya ceritakan. namun begitu, perkataan "perlawanan" ini hanyalah satu analogi. walau bagaimanapun, permainan yang saya maksudkan ini bukanlah bermaksud JUDI, KERJAYA, MAHKAMAH, JENAYAH, KESIHATAN, AGAMA (akidah, tasawuf, dll), PERHUBUNGAN (keluarga, kawan2, kekasih hati, hubungan sulit, dll), mahupun PELAJARAN.

Q: saya kurang jelas, boleh anda perincikan?

z: perlawanan ini merupakan masalah yang saya hadapi. ia bukan aspek2 yang saya nyatakan di atas, namun impaknya terlalu besar pada MASA DEPAN saya. saya perlu menang semua perlawanan supaya masa depan saya lebih terarah.

Q: baiklah, ketika anda diberitahu mengenai keputusan perlawanan, adakah anda terfikir untuk melakukan perkara - perkara seperti meminum racun, terjun bangunan, atau kelar leher dengan pisau. err.. maksud saya bunuh diri.?



z: terjun bangunan mungkin...(tertawa kecil). entahlah, fikiran saya benar - benar kusut waktu itu. saya jangkakan bahawa saya akan menang pada keseluruhan perlawanan, tanpa SERI satu pun. namun, saya seri satu permainan. saya berbincang dengan rakan seperjuangan saya akan tindakan yang perlu kami lakukan untuk merangkul semua kemenangan. dia juga buntu. saya rasakan hidup saya sudah sampai ke penamat. em..ada juga saya terfikir untuk terjun bangunan waktu itu, namun naluri saya kata jangan. setiap masalah pasti ada penyelesainnya. itulah yang saya pegang. alhamdulillah, saya tidak melakukan perbuatan bodoh itu.



Q: adakah anda menangis waktu itu?

z: tidak pada mulanya. saya sangkakan saya kuat. namun, emosi telah menguasai diri saya.

Q: bilakah kali terakhir anda menangis?

z: (terdiam seketika). sudah 8 tahun saya tidak menangis. kali terakhir ialah ketika saya darjah 6. itupun sebab sebab baju saya koyak selepas bergaduh dengan seorang kawan di dalam bas, ketika balik dari kelas malam UPSR. saya menangis kerana takut dimarah bonda. dia pula menangis kerana cermin matanya pecah dipijak saya. kami sama - sama menangis (tertawa). namun malam itu (28 feb), saya rasa begitu bimbang dan takut. takutkan kekalahan, bimbangkan masa depan. ketika saya begitu memikirkan perkaara itu, tidak semena - mena, air mata mula mengalir. saya pun pelik. murah benar air mata saya waktu itu. saya turut menangis ketika saya berbual dengan keluarga.

Q: adakah Sya tahu anda menangis?

z: (tergelak besar). mestila tidak. ketika berbual dengan Sya, saya cuba mengawal suara saya supaya kelihatan natural. dia cuba untuk mengetahui masalah itu, namun saya tidak memberitahunya kerana bimbang dia akan turut bersedih. saya cuma meminta Sya mendoakan kemenangan saya. Dia benar - benar memahami.

Q: baiklah, berbalik pada persoalan utama, mengapakah anda melarikan diri dari KMB pada hari ahad petang?

Z: saya tidak melarikan diri. sebenarnya, pada petang itu, keluarga saya menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka sudah berada di KLIA. lebih kurang 15 minit lagi akan tiba. saya benar - benar terperanjat. saya tidak mahu keluarga mengetahui akan masalah saya.

Q: maksud anda, ini bukanlah masalah keluarga?

Z: benar, ini bukanlah masalah keluarga, malah tidak ada kena mengena dengan keluarga saya. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mereka. biarlah perkara ini menjadi rahsia kami berempat (merujuk kepada dirinya, yazid, dan 2 orang sahabat lagi).

Q: apakah yang berlaku selepas keluarga anda tiba di kolej?

Z: saya mengambil keputusan untuk balik ke rumah bersama - sama keluarga. saya benar - benar tertekan waktu itu. saya terus memberitahu rakan dan mentor bahawa saya mengambil cuti kecemasan atas urusan peribadi.

Q: jadi, anda pulang ke rumah bersama keluarga anda?

Z: memang itulah perancangan awal. namun saya tidak menyangka bahawa keluarga saya mempunyai perancangan lain. saya dibawa ke satu tempat yang mendamaikan selama 2 hari untuk mencari ketenangan. dalam pada itu, mereka cuba untuk mengetahui masalah saya.



Q: adakah anda memberitahu keluarga anda?

Z: tidak pada malam ahad. mereka juga tidak banyak bertanya. mungkin mereka memberi ruang untuk saya menenangkan fikiran dahulu. hanya pada keesokan harinya (isnin), mereka mula bertanya sedikit demi sedikit. dari pagi mereka bertanya, bermacam - macam pendekatan digunakan. namun, hanya pada waktu malam itu saya berani untuk memberitahu.

Q: siapakah orang yang pertama mengetahui perkara ini?



Z: kakak saya (kakak kedua). ketika itu kami berada di starbucks cafe. keadaan yang tenang di situ membuatkan saya agak selesa untuk menceritakan masalah saya. dia begitu tenang mendengar. responnya begitu menakjubkan. katanya, masalah itu masih boleh diselesaikan.

Q: apakah perasaan anda ketika mendengar responnya?

Z: saya sudah menjangkakannya lebih awal kerana dia memang begitu memahami. Oleh itu saya lebih selesa berbicara dengannya. sebenarnya, jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh dia menyamai dengan perancangan awal saya. kami melakukan sedikit pengubahsuaian supaya masalah itu dapat ditasi dengan pantas.

Q: bilakah ahli keluarga yang lain tahu?

Z: selepas saya menceritakan perkara itu pada kakak saya, ahli keluarga yang lain mula mengambil tempat dikeliling meja. kakak saya menceritakan semuanya kepada mereka, kecuali bonda yang tiada atas permintaan saya kerana bimbang dia akan terkejut. namun, tidak ada seorang pun antara mereka yang kelihatan terperanjat selepas mengetahui perkara yang sebenar. reaksi mereka sebenarnya yang membuatkan saya begitu terperanjat dan pelik.

Q: pernyataan anda seolah - olah bahawa anda telah melakukan satu jenayah besar. benarkah begitu?







Z: (tergelak kecik). sudah saya katakan tadi, perkara ini TIDAK ada kaitan dengan JENAYAH, JUDI, KERJAYA, KESIHATAN, AGAMA (akidah), MAHKAMAH, PERHUBUNGAN (keluarga, kawan2, kekasih hati, hubungan sulit, dll), mahupun PELAJARAN.

Q: baiklah, apakah penyelesaian yang telah anda ambil?

Z: setelah berbincang, kami mula merangka strategi. cadangan awal saya tadi dijadikan idea pokok. kemudian diubah suai sedikit lalu berjaya menghasilkan satu penyelesaian yang menakjubkan. tidak sangka, dalam masa dua jam, masalah saya berjaya diselesaikan. alhamdulillah.

Q: andakah Yazid mengetahui perkara ini?

Z: saya tidak memberitahunya. namun, dia menghubungi saya pada pukul 10 malam itu lalu saya menjelaskan kepadanya akan langkah yang saya ambil. dia kelihatan gembira dengan tindakan saya itu.

Q: jadi, anda meneruskan perlawanan terakhir itu?



Z: benar. tapi kali ini, tindakan saya lebih drastik. saya optimis bahawa saya akan menang kali ini. tidak lagi seri walaupun dalam satu permainan.

Q: hal ini bermaksud, anda belum mengetahui keputusannya?

Z: benar. namun, saya akan mengetahuinya tidak lama lagi. saya tidak begitu bimbang kali ini kerana atas tindakan saya ini, kemungkinan untuk saya memenangi perlawanan tersebut ialah 99.99 %.

Q: adakah anda lebih yakin untuk menghadapi kehidupan sekarang ini?

Z: benar sekali. pengalaman ini amat bermakna buat saya. saya melihat kehidupan sebagai satu peluang untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Q: apakah harapan anda?

Z: majulah sukan untuk negara.




ape2 pun. aku memang hepy giler skarang nih.
main problem dah settle.
tinggal masalah2 kecik jer..adatla kan..