CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 11 March 2009

MONOLOG SEORANG PESAKIT

Tadi aku usha emel2 lame aku. ingat nak delete mane2 emel yg dah tak pakai.
tetibe aku ternampak satu surat daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA yg aku nk share kat sini.

date: DEC 2008, from: ____________@moh.gov.my



Tuan,


PER: SIKAP SAMBIL LEWA KAKITANGAN PERUBATAN ___________________(nama klinik/hospital)

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas dan E-Aduan tuan adalah berkaitan.

2. Terlebih dahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan terima kasih di atas maklum balas tuan mengenai perkara di atas. Adalah menjadi hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan bahawa setiap aduan yang diterima akan diambil tindakan dengan sebaiknya.

3. Untuk makluman tuan, pihak Jabatan Kesihatan __________________ telah menjalankan siasatan mengenai aduan yang dikemukakan dan hasil siasatan mendapati aduan tuan adalah berasas dan pihak Kementerian memandang serius berkenaan perkara ini.

4. Sebagai langkah penambahbaikan, tindakan DISIPLIN telah diambil kepada pegawai perubatan berkenaan dan diberikan teguran supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut dan sentiasa mengikut peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan semasa menjalankan tugas. Tindakan TEGAS akan diambil sekiranya beliau mengulangi perbuatan ini. Selain daripada itu Pegawai Perubatan Kanan dan Ketua Jururawat telah diarahkan untuk sentiasa memantau dan membuat penyeliaan di __________________________ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit.

5. Semoga dengan penjelasan yang telah diberikan akan dapat memperjelasan masalah yang telah bangkitkan oleh pihak tuan dan diharap perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa-masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Unit Perhubungan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia

Dah lame aku tulis komen ni. aku buat pasal tak puas hati ngan layanan doktor ngan nurse tu. aku kene marah dalam bilik rawatan. salah satu sebab, diorang cakap aku datang time lunch. giler betul. kalau time lunch, kaunter pendaftaran dah lame tutup bang.. tak mungkin aku akan dapat nombor giliran.

dah la aku tengah sakit, pastu kene dengar diorang bebel2 lagi.
sape tak hangin. diorang ingat diorang bagus abes nak marah2 aku?

pastu care doktor tu cakap memang kasar giler. nurse kat sebelah pun same asek tambah2 ape yg doktor tu cakap.
tapi aku xde la diam jer. sambil die bebel aku jawab balik. dengan beraninye aku cakap pasal hak aku sebagai pesakit. aku cakap diorang takde etika melayan pesakit. aku siap cakap nak wat aduan kat KKM, barula diorang senyap.
tapi aku bukan cakap je, aku buat betul2.



borang aduan boleh didapati di: http://www.moh.gov.my/eaduan/formAduan.jsp

aku tau la diorang penat keje, tapi takyah la lepaskan geram kat aku. tapi bile pikir balik, xde la aku nak marah sangat pasal aku pegi ospital kerajaan pun sebab nak amek MC je, sebab MC kerajaan paling laku dalam semua urusan compare ngan private. kalau nak ubat bebetul dah lame aku pegi private. sebab tu lepas dapat ubat je aku terus campak dalam tong sampah sambil bayangkan ubat yg aku buang ialah muke doktor n nurse yang kurang ajar. MC je aku simpan.

balik tu aku terus pegi kat website KKM n tulis komen in detail.
beberape minggu pastu (tempoh mase yang agak lame untuk bertindak) aku dapat banyak call dari pihak hospital tanye pasal kes ari tu. diorang cakap nak siasat.
dengan rajinnye aku pun bagi kerjasama yang baik.
tak lame lepas diorang siasat (seminggu lebih), aku dapat call skali lagi cakap diorang dah settlekan bende nih.

last skali lepas sume settle, aku dapat surat kat atas tu.

moral of the story: pertahankan hak anda