CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday 1 February 2009

BIMBANG BUKAN KEPALANG, AKSARA BERSILANG - SILANG

KELAS kimia tengahari itu tidak diendahkannya. pembentangan topik oleh rakan sekelasnya Arif juga hanya dikerling sekali sekala. Jelingannya turut singgah pada guru kimia, Cikgu Azizah yang sedang khusyuk mendengar pembentangan tersebut.
Dia tidak dengar apa - apa. Cuma yang dia tahu, tajuk pembentangan itu ialah Air Pollution.

lensa matanya terus tertancap pada skrin komputer acer aspire 4920 itu sambil si jemari pantas menekan aksara - aksara. dia berhenti seketika, membaca semula rangkaian ayat - ayat yang dikarang lalu kembali menaip. matanya kelihatan sedikit berkerut. Mungkin memerah idea. Mungkin juga ketandusan ilham. Dia sendiri tidak pasti.

Tugasan extended essay yang diminta oleh guru penasihat petang itu merunsingkannya. Banyak yang perlu ditambah. Terutamanya bahagian lampiran dan bahan sokongan. Baru sekejap tadi dia ke perpustakaan mencari bahan sokongan yang sesuai. Jumpa 4 artikel. Sekarang ini dia sedang memasukkan artikel – artikel itu ke dalam teks kajian tersebut. Kelas kimia tamat jam 1 30 petang.

Dia bergegas ke luar lantas kembali menekan kekunci – kekunci pada papan huruf. Dijelingnya jam pada paparan muka computer, 2 05 PM. Dia berhenti. Mengemas barang – barang lalu terus berjalan menghala ke dewan selera. Pinggan rakannya dilirik sekilas, “daging kari”desis hatinya. Ada nada hampa disitu. Perut sudah mula berirama sendiri. Lapar. Pinggan plastik berwarna oren terang diisi nasi putih sesenduk. Dia menyudahkan makanannya tidak lebih 10 minit.

Selepas itu, dia bergegas ke surau. Zohornya dilakukan dengan pantas sekali. Kemudian dia kembali ke perpustakaan. Sambil itu matanya terasa panas dan pedih. Kesan kanta lekap itu memang memeritkan menjelang tengahari. Diseluknya poket seluar sebelah kanan. Kosong. Dicuba pula sebelah kiri. Yang ada hanyalah telefon bimbit dan alat penyimpan elektronik.

“ala, tertinggal kat kelas,” dia mendengus perlahan.

Sambil itu badannya dilarikan pantas ke lr14. Sampai sahaja dimejanya, pantas diletakkan dua titis Baush & Lomb RENU Lubricating and Rewetting Drops pada kedua – dua belah matanya. Rasa pedih matanya tadi perlahan – lahan hilang dipuput bayu daripada pendingin hawa. Segar sekali!


Dia bangun semula. Berjalan pantas ke perpustakaan. Namun, tidak disedarinya bahawa kamera digital yang dibawa bersama – samanya tadi telah tertinggal di atas meja. Nota – nota sokongan itu disimpan dalam kamera tersebut. Ketika ingin memasukkan kad memori, baru dia sedar akan hal itu. Alamak, tertinggal lagi…ish..asek lupe jer… desisnya perlahan.

Digagahkan kudratnya itu untuk ke kelas, mengambil semula CASIO EXILIM itu kemudian kembali ke perpustakaan. Dengan pantas, dimasukkan kad memori itu pada bahagian khas laptop tersebut. Terpaparlah gambar – gambar bahan sokongan itu. Dia mula berkira – kira untuk memilih bahan yang paling sesuai. Tidak semena – mena, telefon bimbitnya bergegar perlahan.

1 NEW MESSAGE. INBOX: Cg Subaidah





Dia tersenyum sendiri. Hatinya lapang. Penghantaran tugasan Berjaya ditangguhkan hingga esok. YES!

Haha…kan da kene tangguhkan, so sempat la aku tulis blog.