CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 22 January 2009

DAKWAT KEDUAKU - MANA SATU?

Memang saya agak pening waktu mula - mula nak buat blog ni. cita - cita nak menulis memang ada. tapi waktu nak menulis tu je yang tiada (terlalu sibuk dengan hal - hal tipikal).akhirnya..hari ni 23 Januari Jumaat saya pun mula usha blog2 orang lain. bukan tak yakin pada kemampuan diri sendiri, tapi kejayaan itu biasanya datang daripada pemerhatian kita terhadap kejayaan orang lain. bila dah tengok orang lain punya blog, cara diorang tulis, cerita yang diorang sampaikan, saya mula la ada idea sikit2. sebelum itu, maaf kalau intipati serta gaya persembahan blog ini kelihatan janggal dan corak penulisannya tidak memenuhi selera anda. masih banyak yang saya perlu belajar . apapun, saya masih lagi memikirkan konsep yang paling sesuai bagi blog ini.

saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Sebagai pengenalan, aku (kata ganti nama ini disesuaikan mengikut cerita) nak cerita sikit akan kesungguhan aku untuk buat blog ni. kalau korang nak tau, pagi ni aku ada 2 benda penting yang nak kena settlekan.
  1. EXTENDED ESSAY
  2. INDIVIDUAL ORAL
dua dua ni benda penting yang nak kena settlekan pagi ini jugak. tapi disebabkan aku ni seorang yang tak suka menangguhkan minat, lantas tanpa berfikir panjang, aku pun terus tangguhkan dulu tugasan - tugasan tu sebab aku nak siapkan edit blog aku ni.
hehe, attitude yang bagus kan.
so, aku pun bercadang tak nak tido sampai pagi sebab nak siapkan EE (extended essay) sejurus aku menyelesaikan tugasan di blog ni.