CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 22 January 2009

harga sehelai rambut

*pemilihan diksi bergantung kepada isu yang cuba disampaikan
*tertakluk pada pindaan




semalam, time aku lepak2 kat kelas, ade sorang cikgu pompuan ni datang kelas nak jumpe aku. so surprise! aku pon bangun very slowly pegi pintu..sambil tu kat otak aku asek tertanye2 ape yg aku da buat...? be a late comer? tuang kelas? g koop b4 rehat? NONSENSE! tak sempat aku pikey jawapan, die da diri depan aku. tatkala bibir manisnya mula menuturkan bait2 bicara *wink* , jantungku mula berdegup kencang. pendingin hawa kurasakan tidak berfungsi (memang la, kan jumpe kat luar kelas).semilir pawana juga bagaikan segan untuk bersepoi. jemariku terketar - ketar (hiperbola). gusar barangkali. riak dura tercoret pada wajahku . ada debaran disitu.. (ni bukan cerpen weh...hehe)
then die ckp kat aku " Your teacher has been complaining about your hair. and I think your hair is long, and please cut it by tomorrow, or otherwise, i will cut it for you. i have a pair of scissors tau".. sambil tu, tangan die terus memain - mainkan rambutku. bagaikan mengukur saja lagaknya. aku hanya membiarkan. dalam pada itu, hatiku mula berdetik, alangkah manis jika tutur katanya tiada unsur sinisme. lebih sopan bagiku. menurut guruku dahulu, sungguhpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, sindiran bukanlah jalan penyelesaiannya. sebaliknya, ayat - ayat sopan namun tegas lebih membantu. sementara itu, bahagian lain sukmaku mula berbisik, gerangan siapakah yang telah membocorkan rahsia kerajaan??? jutaan terima kasih daripadaku kepada BELIAU. MUCH APPRECIATED!
sambil itu, guru tersebut menyambung amanatnya lagi, "I think you can go to the barbershop in front of the ds"
hatiku walang. guru itu baru sahaja memaksudkan SAFIAGO hair and beauty salon. bagaikan bunyi pencuci muka SAFI...suci dan murni. argh...xmau!!!
desakan jiwa untuk tidak menggunting rambut disitu membuatkanku mula menyulam janji.
" i cut my hair during this cny holiday".. "HAH? after CHINESE NEW YEAR?"guru tersebut memberikan respons negatif, firasatku berbisik.
aku menjawab dengan penuh hormat, persis seorang pelajar pendidikan moral & sivik. aku mengatakan bahawa cuti sekolah untuk CNY akan bermula esok, dan aku bakal pulang ke negeri asalku pada petang jumaat itu. lantas, aku bisa menggunting rambut di negeri kelahiranku. setelah berunding (tawar - menawar) akhirnya guru tersebut akur akan kehendakku. namun lucunya, guru tersebut mengatakan, "ok, you can cut you hair during this coming holiday, but you need to see me on MONDAY". aku mula pening. cuti CNY 4 hari, bermula sabtu, ahad, ISNIN, dan selasa. aku mengatakan "sorry, i cant". guru itu memandang tepat pada mata hitamku. marah atau bergurau aku sendiri tidak pasti. yang nyata, aku cuma tersenyum melihatnya sebelum menambah, " i will be coming back on tuesday and the class will be started on wednesday, teacher" menyedari hakikat itu, dia tergelak kecil. manis. "ok, see me on wednesday then" .
ok.aku akan gunting rambutku agar kelihatan lebih KEMAS (walaupun aku rasa dah memang kemas).itulah harapanku. ya, KEMAS. bukan PENDEK.




^adakah aku penuntut akademi tentera?